Friday, 28 December 2012

8 pemain bola sepak beragama Islam di Newcastle United



Jika dalam pelbagai laporan berita melaporkan bahawa Newcastle United hanya mempunyai empat pemain Muslim, iaitu Cheick Tiote, Demba Ba, Hatem Ben Arfa, dan Papiss Cisse, tetapi sebenarnya menurut Alan Pardew, The Magpies mempunyai lapan pemain Muslim.

Hal itu dijelaskan Pardew dalam sebuah artikel yang disiarkan di Daily Mail, Sabtu (3/11). Pardew tidak menjelaskan siapa saja nama empat pemain Muslim yang lain kerana boleh jadi empat pemain tersebut adalah anggota pasukan cadangan (reserves) atau bahagian dari akademi muda Newcastle.

Pardew sangat terkesan dengan disiplin pemain Muslim yang berpunca dari agama yang dianuti mereka. Menurut dia, lapan pemain Muslim itu menjadi bahagian penting dari kelab.

Pelatih berusia 51 tahun itu menilai, kelompok pemain Muslim itu tidak hanya fokus pada kerjaya, namun juga mengambil berat tentang bagaimana mereka hidup, makan, tidur, dan bertingkah laku.

Beberapa pemain Muslim tidak secara terbuka menunjukkan identiti keagamaannya. Salah satu pemain yang dinilai Pardew taat menjalankan ibadah agamanya adalah striker andalannya adalah Demba Ba. "Mungkin lebih daripada yang lain dan saya menghormati itu," kata bekas arkitek West Ham itu.


No comments:

Post a Comment