Friday, 28 December 2012

Pemain-pemain ternama bola sepak muslim di Eropah



Terbukti ramai pemain-pemain terkenal liga-liga bola sepak Eropah yang beragama Islam seperti Nicolas Anelka telah menjadi seorang muallaf ketika semasa berada di Fenerbahce Turki. Begitu juga dengan Zlatan Ibrahimovic. Salah satu pemain dengan skill individu yang baik. Bintang paling bersinar di Seri A Itali ini memang lahir dari keluarga muslim. Beliau lahir dan membesar di Malmo, bandar terbesar ke tiga di Sweden, merupakan tempat komuniti muslim paling besar di negeri itu. Ibrahimovic adalah pendatang di Sweden dari ayahnya yang merupakan rakyat Bosnia dan Ibunya keturunan Croatia.

Mudah-mudahan pemain terkenal Muslim juga mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan memegang prinsip-prinsip Islam dengan baik juga. Seperti:

Stephen Appiah, tidak menentu di awal kerjayanya di Itali kerana sukar mencari makanan yang halal. Frederic Kanoute pernah menolak memakai jersi kelab yang ditaja rumah judi.

Rami Shaaban mengaku hidup dengan panduan Al-Quran. Penjaga gol kebangsaan Sweden ini sentiasa melafazkan beberapa ayat sebelum bertanding.

Kolo Toure merasa sebagai seorang muslim dia harus menghormati orang lain. Kejayaan dirinya selalu disebutnya berkat doanya kepada Allah.

Frank Ribery mengakui bahawa Islam adalah sumber kekuatannnya di dalam dan di luar lapangan. Terutama ketika dia pernah mengalami masa sukar dalam kerjaya dan dia mencari Islam yang memberi kedamaian.

Berikut ini adalah senarai pemain pemain bola sepak muslim:

Zinedine Yazid Zidane (ex. Juventus dan Real Madrid): Tetapi mengaku "non-practicing Muslim" (tidak mempraktikkan ajaran Islam)
Kolo Habib Touré (Arsenal)
Yaya Toure (& Barcelona)
Robin Van Persie (Arsenal)
Nicholas anelka (Chelsea) dengan nama Muslim, Abdul-Salam Bilal.
Mohammed "Momo" Sissoko (Juventus)
Ahmed Mido Hossam (Boro)
Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
Franck "Bilal" Riberry (Bayern Muenchen)
Hamit Antiltop (Bayern Muenchen)
Halil Antiltop (Shalke 04)
Frederik Kanoute (Sevilla)
Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
Eric Abidal (Barcelona)
Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
Sulley Ali Muntari (Pompey)
Zlatan Ibrahimovic (Inter)
Hassan "Brazzo" Salihamidzic (Juventus)
Khalid Boulahrouz (Sevilla)
Salomon Kalou (Chelsea)
El-Hadji Diouf (Bolton)
Diomanssy Kamara (Fulham)
Mohammed Kallon (Al-Ittihad ext. Inter & Monaco)




No comments:

Post a Comment